Monday, 3 September 2012

pernikahan ustaz don daniyal & husna

assalamualaikum

sekarang memang trend majlis perkahwinan simple kan ? especially bab bab perhiasan yang tak berlebihan tu . aku sangatlah sukaaaa~ 

lagipun...islam sendiri dah bagitau...bersederhana lah kamu dalam segala hal..aku sangat suka dengan majlis uztaz don dan husna ni...sangatla menarik hati. simple se simple yang boleh..make up pun sangat tipis..


boleh jadi sumber inspirasi aku jugak ni ;)

jom tengok... kredit to sumber gambar dari SINI












aku nak kongsikan satu bende dengan B2B sekalian...harap jadikan panduan jugak utk kamu semua :)) untuk aku jugak. aku ambil dari blog ni : ( mohon share ye encik solihin )


Fakta Menarik Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Yang Patut Dicontohi

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.


Credit : fb page sjiehan.com





             # tentang pemakaian inai dan bercorak tu..boleh jugak rujuk di blog encik solihin.




aku pulak buat keputusan taknak bercorak corak sgt . haritu survey jugak pakej inai..perghhhh..mahal gak ek..so dari membazir charge inai yg harga beratus ratus untuk sepasang tangan dan kaki tu...baik aku buat sendiri..boleh privacy dengan family.....majlis perkahwinan ni jugak salah satu tempat untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga jugak sebenarnye kann..masa tu lah sanak saudara berkumpul meraikan kedatangan "ahli keluarga baru" ni.
mana yang boleh cut cost , kita cut. eheheheee~ jimatttttt..pastu nak honeymoon lagi haaa..

dilema lagi, bila tengok husna cantik je pakai warna soft....uhmm..berfikir lagi...harus ke tukar tema warna lagi ni??? errghhh...bila survey  butik yang ade kt melaka..kebanyakan nye baju sarat sangat dan tak menepati citarasa aku..perlu ke aku buat sendiri jugak baju resepsi ? huhuhu...adoiyaiii..pening pening lagiii...takpun boleh suruh owner butik design satu baju baru untuk aku kan kan? tapi charge lebih laaa..duit lagiii... 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


hasilnye...tunggu keputusan muktamad ;)
lama lagiii...hehehe.....pelan pelan kayuh...........

okeh.tu je..semoga ini boleh jadi sebahagian dari sumber inspirasi B2B semua :)
tahniah pada kawan kawan yang bakal/sudah  melangsungkan perkahwinan bulan ogos-september niii.. musim orang buat openhouse dan majlis kahwin jugak..abislaaaa diet aku..kelautttt~


4 comments:

cik mah said...

btol2...sokong2...

ciknurul said...

hihihii..tq cik mah

Cik Saila said...

saya pun xpilih inai bercorak..harap2 takde la yg mempengaruhi niat saya ni :)) duit upah lukis inai tu lebih baik bt tambahan kat honeymoon kan? hehe..
anyway,thx sudi jd silent reader saya :)) lets sharing info :D

ciknurul said...

betul sangat sangat tu cik saila:)
duit upah tu boleh belanja macam2 kannn.save utk honeymoon hihii. thanks jugak sudi jenguk blog ciput sy xoxo^^'