Monday, 30 July 2012

resepi mudah dan sedap : salad telur + kentang

salam ramadhan untuk semua umat yang beragama islam . amacam puasa korang ? berebut rebut nak cari pahala ke berebut rebut nak beli makanan kat bazaar ramadhan ? hihihi..

aku so far alhamdulillah berbelanja di bazaar..masih terkawal lagi nafsu tu..cuma bila mengidam sesuatu tu tapi bila-tak-dapat ape yang dihajatkan rasa frust jugak. rase nak balik masak sendiri aje kekekekee~ 
tapi bila bulan puasa ni banyak makanan pilihan ade depan mata kan..so aku jarang masak..sebab nanti masak banyak pun tak habis..masak time sahur je lah..itupun ala kadar. setakat telur rebus 3/4 masak letak lada hitam + kicap je..takpun makan biskut cicah milo.hihi ;) aku sahur sangat simple . sebab bila makan berat makin rasa lapar siang hari tu..janji ade sesuatu untuk dimakan..bukan tak bangun sahur lansung..kan sunat tu...

eh ehh termembebel banyak pulak .sebenarnye dah tak tahu nak beli ape kat bazaar hari ni..baru 11 hari puasa..aku rasa dah takde yang menarik perhatian aku kat bazaar tu..ade tu yang tak menepati citarasa tekak jawa ala ala western aku ni hahhahaa.

so aku nak share dengan korang satu resepi yang bagi aku sangat mudah dan senang nak prepare . boleh buat untuk sahur jugak..waktu berbuka maybe kene ade sumthing yang lain protein tambahan sebab tak-cukup-nutrisi kalau setakat makan ni.. okeh jom kite check ape bahan bahan yang perlu untuk buat salad ni.

resepi salad telur dengan kentang



bahan bahan utama 

1. telur ayam dibasuh bersih - 3-4 biji
2. kentang US potato/ china etc - 3 biji
3. daun sup - 3 batang
4. bawang besar - setengah biji
5. sedikit perasa lada hitam
6. mentega - satu sudu makan

cara cara 

1. rebus kentang korang dulu . sampai empuk. fact* jangan kupas kulit kentang dulu, sebab bila dah rebus lepastu lagi senang nak kupas, guna jari pun bolehhh ;)

2. pastu rebus jugak telur ayam tu , yang ni memang tak boleh kupas kulit dulu lah kannn..pas masak baru leh kupas kulit

3. korang ketepi kan sume bahan utama tadi tu , sekarang nak buat bahan sos atau perasa die pulak 

4. cincang bawang besar dan daun sup/daun bawang tu macam biasa , then gaulkan sesudu mentega dan perasa lada hitam .

5. pastu masukkan kentang dan telur yang dah dipotong tadi.
siappppppp~

 
 aku suka makan camni je sebab aku dah kurang makan nasi sekarang . terpulang pada citarasa masing masing nak makan camne kan ;) yang pastinye makanan tu mesti berkhasiat dan seimbang .

kentang tu sumber karbohidrat jugak
telur tu sumber protein
 so kene tambah satu lagi hidangan berasaskan sumber serat iaitu sayur ;) 

*dalam sayur pun ade sumber karbohidrat tau ! contoh : lobak merah


okeh , tu saje sikit resepi yang aku nak share hari ni . salah dan silap harap ditegur .tataaaaa~

Thursday, 26 July 2012

review tunang lagiii dan lagii

assalamualaikum
oleh kerana mood aku terlebih rajen hari ni maka dengan itu aku nak hapdet lagiii gambar tunang aku hari tu.. hohohohoho~ sila muntah hijau . ngeh ngeh ngeh tengok lah korang sampai muntah okehhh!


nak tahu sape OP aku? tuuu.yang belah kiri tu.  bidan terjun saja tapi hasil not bad ;)





masa sessi perbincangan kedua belah pihak ni aku nyuruk dalam bilik..heeee~ maluuuu

kembar aku a.k.a BFF syalwa ahmad . same ke muka kitorang ke ke ke??

BFF mira ade jugak ;) sorang lagi BFF yg tukang amek gambar ni so gambar die tade dalam ni..huhu..blogger a.k.a doktor gigi terhebat cik Intanberlian 





hantaran dari belah lelaki . all the loveliesssss...hasil tangan bakal MIL dan bakal kakak kakak ipar ku.huhuu~


hantaran dari belah perempuan ..DIY laaa..hehe..hasil tangan ibu tercinta dan aku semestinya!



ini minah senget :))




so far majlis pertunangan kami sangat sangat simple..maaf jugak pada kawan kawan yang tak dijemput . bukan ai takmo jemput tapi segansss..hihii..insyaallah majlis kawen nanti tentu tentu sekali ai jemput you allsss okay :) 



dah. tu je. g main jauh jauh

Thursday, 19 July 2012

ramadhan tiba lagii

assalamualaikum
alhamdulillah....ramadhan tiba lagi...moga kali ini lebih banyak rahmat dan keberkatan ramadhan yang dapat kita sebagai umat islam perolehi... 


 sedikit tips untuk berjimat di bulan puasa disamping tidak melakukan pembaziran...membazir tu kan amalan syaitan..hehehehe :-

Tips 1: Masak sendiri di rumah

Tips 2: Merancang perbelanjaan di bazaar ramadhan

Tips 3: Berbuka di masjid/surau

Tips 4: Elak berbuka puasa di hotel

Tips 5: Fokus kepada ibadah dan elak ber”shopping”






selamat berpuasa bagi seluruh umat muslimin dan muslimat :)

Tuesday, 17 July 2012

bercinta hingga ke syurga

assalamualaikum
ini merupakan entry petikan dari artikel iluvislam.com tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi , aku just nak share dengan korang semua especially b2b yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini . semoga dengan ilmu yang aku kongsi hari ni dapat dimanfaatkan ;)
 ohhh ini untuk aku jugak . sekadar peringatan untuk diri sendiri


Melalui pengalaman, semakin meningkat usia perkahwinan perempuan jadi semakin becok tetapi lelaki sebaliknya jadi semakin pendiam. Watak wanita yang pemalu bertukar menjadi peleter kerana kerenah anak-anak dan urusan rumah tangga yang terus bertambah dan bertambah – perjuangan yang tidak selesai-selesai. Manakala lelaki yang dulunya, ceria dan banyak cakap, perlahan-lahan menjadi pendiam (ada kalanya muram) apabila beban penanggungan keluarga semakin bertambah.
Ya, jika tidak dikawal, ujian dan beban rumah tangga akan menyebabkan suami isteri menjadi semakin "bisu". Isteri mungkin sibuk bercakap itu dan ini dengan anak-anak tetapi kehilangan suara dan kata bila berdepan dengan suami. Suami apatah lagi, jika di luar rumah pun sudah semakin pendiam di dalam rumah lebih-lebih lagi. "Mati kutu" memanjang.
Pernahkah kita kehilangan kata-kata apabila bertemu dengan isteri atau suami? Bukan hendak menyebut kata-kata sayang, cinta dan kasih lagi, malah sekadar untuk bertanya khabar pun sudah terlalu berat. Lidah jadi bungkam. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan lagi. Lalu rumah tangga menjadi sepi. Masing-masing leka dengan hal sendiri. Seolah-olah sudah tidak ada apa lagi yang boleh dikongsi.
Kekadang perasaan itu datang kerana kerap kali apabila suami bersuara hendak meluahkan masalah, isteri membalasnya dengan selamba. Ah, masalah aku lebih besar. Atau terdetik di hati, balik-balik yang itu juga. Bosan. Begitu juga bagi pihak suami, sudah lali mendengar "siaran ulangan" yang kerap diperdengarkan isteri. Masalah anak, masalah kesihatan, masalah wang... tidak ada cerita baru!
Ada kalanya duduknya rapat-rapat, tetapi sudah tidak bertemu lagi. Masing-masing menonton TV, dari awal rancangan hinggalah tamat siaran, tetapi tidak ada yang dibualkan. Tidak ada yang dapat dikongsikan. Boleh jadi dalam kereta, sisuami sibuk memandu, di sebelahnya isteri membisu. Muram tanpa reaksi atau respons. Mujur masih ada anak-anak yang menjadi "mediator" secara tidak rasmi, terhubung jugalah kata-kata atas apa yang ditimbulkannya. Bila anak tiada, keadaan pun menjadi sepi semula.
Oh, maaf... saya tidak bercakap tentang "orang baru" yang masih berbulan madu, ketika itu segala-galanya indah sahaja. Perkara yang kecilpun boleh menjadi topik perbualan yang berjela-jela. Sejak senja melabuh tirainya hingga terkuak mentari pagi, cerita tidak habis-habis lagi. Ini cerita orang lama. Apakah kehilangan kata-kata menunjukkan kehilangan cinta? Mana yang lebih tepat, cinta yang melahirkan kata-kata atau kata-kata yang melahirkan cinta?
Bagi saya, kedua-duanya betul dan patut dipraktikkan. Benar, sewaktu mula bercinta dahulu, cintalah yang melahirkan kata-kata, tetapi apabila cinta telah lama bermula dan ingin diperbaharui semula, kata-katalah yang perlu diluahkan untuk mengharumkan cinta. Ingat kita bercinta bukan hanya sekali tetapi kita perlu bercinta berkali-kali.
Apa maksudnya? Maksudnya, kita perlu bercinta berkali-kali dengan orang yang sama (isteri kita). Cinta itu perlu diperbaharui. Perbaharuilah cinta dengan luahan kata-kata yang baik. Jangan membisu, jangan menjadi tuli. Sentiasa jadi lidah yang menuturkan kata-kata yang baik dan telinga yang sentiasa terbuka mendengarnya.
Kata bijak pandai, the first duty of love is to hear – tugas cinta yang pertama ialah untuk mendengar. Itu betul, tetapi jika tidak ada apa yang hendak diperkatakan apa pula yang hendak kita dengarkan? Jadi untuk menjadi pendengar, mesti ada "penuturnya". Kata-kata yang baik umpama sedekah, kita mesti ringan mulut untuk memulakannya. Ada kalanya berdiam diri tidak terpuji, apatah lagi jika sudah ke tahap menimbulkan sangsi.
Ada orang yang petah dan becok bercakap dengan orang lain di tempat kerja, tetapi bertukar jadi pendiam di dalam keluarga sendiri. Sikap peramahnya boleh bertukar jadi pemarah bila di rumah. Marah yang tertahan itulah kekadang menimbulkan diam yang panjang. Lama-kelamaan, jika tidak diuruskan baik, marah terpendam akan menjadi dendam. Dendam itulah yang akan mewujudkan diam yang panjang!

Di dalam ilmu pengurusan komunikasi ada hukum yang dinamakan "hukum 24 jam". Hukum ini menyatakan jangan dibiarkan krisis yang berlaku antara rakan sekerja melepasi temph 24 jam. Mesti ada di antara mereka (seelok-eloknya kedua-duanya) bertindak memecahkan kebuntuan itu dengan mengambil inisiatif menegur, memandang atau memberikan sebarang reaksi atau petunjuk ingin berbaik-baik semula.
Jangan malu alah untuk memulakan. Justeru, jika tempoh 24 jam sudah berlalu, dan tidak ada sebarang inisiatif dilakukan, maka peluang untuk berbaik-baik semula akan menjadi lebih sukar. Maka begitulah dalam sebuah rumah tangga, teguran dan percakapan yang pertama untuk mengujudkan kemesraan semula setelah lama membisu adalah sangat mahal harganya. Percayalah inilah termasuk dalam tuntutan menghubung silaturahim yang sangat besar pahalanya di sisi Islam. Dalam Islam, siapa yang memulakan langkah untuk memberi satu kebaikan sesungguhnya mendapat ganjaran yang lebih besar daripada pihak yang menerimanya. Sebab itu, orang yang datang berziarah lebih tinggi kedudukannya daripada orang yang diziarahi.
Maka begitulah dalam rumah tangga. Untuk bercinta lagi, luahkanlah kata-kata yang baik untuk mencairkan prasangka, meleburkan curiga dan memadamkan dendam. Cari-carilah topik yang menarik untuk diperbualkan. Antara kaedahnya ialah:
• Berdoa untuk Allah ilhamkan kata-kata yang baik dan menarik semasa memulakan perbualan.
• Menerima dan berkongsi hobi dengan pasangan.
• Ulas apa yang anda dengar, lihat atau baca dengan pasangan serta kaitkan dengan situasi terkini dalam rumah tangga.
• Sekali-sekala masak bersama resipi kesukaannya.
• Jangan prasangka dan curiga dengan selalu memaafkan selagi pasangan tidak melanggar syariat.
• Amalkan peraturan 24 jam. Jangan biarkan "gencatan suara" melebihi masa 24 jam. Mujahadahlah untuk meminta maaf secara resmi atau tidak resmi.
• Tempoh-tempoh yang dirasakan sukar dalam perhubungan hendaklah diisi dengan amalan habluminallah seperti solat, munajat dan taubat. Jangan selesaikan masalah dengan satu masalah lain.
Pernah satu ketika seorang Sahabat memberitahu Rasulullah s.a.w. akan rasa sayangnya kepada seorang sahabatnya yang lain. Rasulullah pun bertanya semula, apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya. Sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian. Lantas, Rasulullah pun berkata, "Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya."
Jika anda menyayangi seseorang, nyatakanlah. Dalam rumah tangga, seorang suami harus menyatakan kasih sayang kepada isterinya. Begitulah sebaliknya. Tetapi saya kurang setuju jika perkataan "sayang" itu diluahkan berulang-ulang. Pernah saya terdengar seorang suami memarahi isterinya dengan perkataan sayang. "Yang, dah berapa kali saya bagi tahu jangan buat macam ni. Kenapa awak degil lagi?" Begitulah herdik sisuami sambil menjegilkan mata dan meninggikan suara. Bagaimana? Apakah panggilan sayang sebegitu masih romantik lagi?
Kasih sayang ini boleh dinyatakan dengan pelbagai cara mengikut kesesuaian keadaan dan masa. Pertama, secara tindakan, kedua secara lisan. Sayang yang dilahirkan dalam bentuk tindakan itu lebih besar impaknya berbanding secara lisan. Jangan menanam tebu di mulut tetapi menyembunyikan racun di hati. Buktikan sayang, dengan perbuatan kerana cinta itu perbuatan (love is a verb) bukan perkataan. Namun, alangkah indahnya jika perbuatan yang baik diiringi juga dengan perkataan yang baik.
Sayangnya, ramai suami atau isteri telah melakukan kesilapan. Kesilapan mereka bukannya tidak menyayangi pasangan, tetapi tidak ataupun semakin kurang meluahkan rasa sayang itu dalam bentuk perbuatan ataupun kata-kata. Kita tersilap kalau beranggapan sekali bercinta, tetap cinta selamanya. Yang sebenarnya, cinta yang kekal abadi ialah cinta yang dibuat berkali-kali. Berkali-kali bercinta, baru cinta itu abadi. Bukankah bijak pandai mengingatkan bahawa satu kebaikan (termasuk cinta) perlu dimulakan berkali-kali.
Benar, setelah usia perkahwinan meningkat, kalimat-kalimat cinta seperti "I love you" atau "Saya sayangkan awak" sudah semakin kurang kedengaran. Ramai beranggapan, mereka sudah terlalu tua untuk mengucapkan kalimat-kalimat yang lazimnya diucapkan sewaktu mula-mula berkahwin dahulu. Tetapi apakah kita sudah terlalu tua untuk menyatakan cinta dalam bentuk tindakan dan percakapan?

Sebenarnya, banyak perkataan yang boleh masih boleh dipilih untuk menggantikan kalimat-kalimat romantik yang susah dirasakan malu dan segan untuk diucapkan sewaktu usia tua. Mungkin perkataan itu biasa-biasa sahaja tetapi intonasi dan bahasa badan yang mengiringinya mampu mencipta kesan yang luar biasa.
Kata-kata baik wajar diiringi oleh belaian fizikal. Katakanlah isteri kita membuat sesuatu perkara yang baik, maka kita pun membelai rambutnya atau menepuk bahunya sebagai tanda sokongan dan penghargaan. Ini adalah salah satu bentuk sentuhan fizikal yang sering diabaikan terutamanya oleh pasangan suami isteri yang berusia 40 tahun ke atas. Sedangkan, semakin bertambah usia perkahwinan, sewajarnya semakin banyak belaian fizikal yang tidak dibauri oleh keinginan seks.


Selain daripada itu, kasih sayang juga mesti dibuktikan dalam bentuk tindakan pembelaan. Katakanlah isteri menghadapi krisis dengan keluarganya atau kawan-kawan di tempat kerja, maka kita sebagai suami perlu membelanya. Membela di sini bukan bermaksud membenarkan sahaja sikap isteri walaupun kita tahu dia bersalah. Tetapi membela dalam ertikata bersimpati dan empati terhadap krisis yang mereka alami.
Juga dengan memberi jalan penyelesaian ataupun panduan-panduan untuk mereka bertindak dalam menyelesaikan sebarang persengketaan peribadi tersebut. Jangan sekali-kali kita menempelak, menyindir atau membiarkan mereka keseorangan. Buktikan, kita sentiasa di sisi isteri ketika dia menghadapi "serangan" orang lain. Walaupun ada kalanya (menerusi penilaian kita) dia yang bersalah... jangan dipersalahkan, cuma perbetulkan sahaja!

Sunday, 8 July 2012

kerjaya aku



assalamualaikum
aku saje je post entry hari ni , bukan untuk bertujuan riak atau takbur atau sewaktu dengannye tapi aku sukeeeee ape aku buat sekarang ( pemangkin untuk diri sendiri hohoho )

aku keje baru setahun lebih , lepas grad last year from MSU in Bc(Hons) Biomedicine aku terus dapat tawaran keje kat ipoh , kolej perubatan jugak..alhamdulillah rezeki..sebab ape jauh sangat ? aku pun tak sangka akan dapat keje kat ipoh perak ni.. sebab aku main send je resume dulu kat semua iklan jawatan kosong yang ade kuikuikuii.. tup tup dapat terus.. alhamdulillah kan :) kebetulan encik tunang berasal dari perak hehehe so aku terus setuju terima tawaran ni itupun setelah atuk dan nenek dan ibu aku benarkan anak gadis kesayangan die ni merantau . dengan syarat kene ade orang jaga kat sini ngeh ngeh ngeh  
 sapa lagii kalau bukan encik tunang kan kan kannn  okeh tipu !



jadi...bermula lah kehidupan di negeri orang..merantau..mula mula okay je..sebab aku pun memang dah biasa berjauhan dari family sebab study dulu pun jauh jugak . even tak la berapa jauh sangat kan tapi orang kate dah biasa hidup berdikari... tapi lama lama sebulan dua tu homesick jugak lahh.. mula menangis malam malam teringat ketiak emakk. hahaha okeh aku tipu lagi !  sebab nak balik pun jauhhhh.. lebih kurang 8 jam jugak lah perjalanan , bergantung kepada keadaan trafik hahaha. 

tapi orang perak ni ramah tamah.. baik belaka..cuma mula mula aku tak berapa paham dengan bahasa deme ni..kuikuikuii.. ade yang pekat bebenor..susah nak catch up ape diorang cakap lagi lagi kalau cakap laju ya amat ....kussssss semangat. ternganga aku dibuatnye . kehkehkeh..last last senyum aje lahhhhh.buat buat paham.. :)

tapi sekarang lidah dah terbalik pulak , makan pedas pun tak tahan lagii. kate orang melaka kann. asam pedas kebanggaan utama.. tapi semalam makan  pedas mau terci**t dua tiga hari hadoihhhhhhh~ ape nak jadi dengan aku ni gamaknye..pastu tune loghat pun dah start lain.hahahaha. ade gak terrlepas tune lidah ni bila balik melaka kann.. so ape lagi jadi bahan utama kene perli lahh..

 "yelahh..nak jadi orang perak dahh pasni..."
 ayat adik sedara aku merangkap kawan gosip aku jugak hahah


ehh..aku sebenarnye nak cite kat korang ape aku buat kat sini . kerja aku..hehehe. jengjengjengg.. bermain main dengan bakteria...yeahhh...ape?? kotor ? tak lahh..bakteria ni baik sebenarnye..die jadi jahat bile salah masuk rumah haahahahaa~

aku suke kerja ni sebab teruja bila ape yang kita kultur hari ini esoknya tumbuh dan berwarna warni..cun woooo..







tengok tengokkk.. ade kaler pink..kaler kuning....saya tumbuh dengan sihatt! yayyy =.="



sila abaikan tangan aku yang debab.




okehh..basically aku suke dengan everything about bakteria atau dalam bahasa lain microbiology sebab its very interesting. bila kita taktahu sesuatu perkara tu lagi kita teruja nak tahu ape hasilnye yang jadi bila kita buat sesuatu eksperiment tu ke contohnya.salah satu subjek kegemaran aku sejak dari darjah 4 lagi..adalah sains.woot woot. aku tak heran yang lain lain sangat. lantaklah nak dapat ape ke..kene marah dengan bapak aku ( arwah dah..alfatihah ) ke..janji aku puas hati sains aku dapat highes dalam kelas hohohoho
science is fun ya adik adik . dahh pulak promote ke hape...hahahaha..layankan aje aku ni.. sewel sebab diarrhoea =.='




haaa. tu aje aku nak cite.. aku tau ramai lagi yang punya kerjaya hebat hebat belaka..but..i loveee my job and what am i doing right now..:) kerja biar dengan hati yang ikhlas bukan semata mata mengharap pada imbuhan.. tapiii..di era serba teknologi ni harussslah imbuhan setimpal dengan ape yang kite ade kan kann 

.heee. tu jee..dahh..nak pegi toilet ! sakit perut lagii woooooo~

Tuesday, 3 July 2012

teaser design baju nikah

assalamualaikum..
cuaca sangat lahh sejuk dua tiga hari ni...pagi tadi sampai terlewat bangun gara gara sedap sangat tido berselimutkan comforter dan bantal busyuk heheh. 
okehh.bukan nak cerita tentang tido atau bantal kesayangan , tapi nak share sikittttt je tentang design baju nikah aku nanti . wohwohooo~ tak-boleh-tunjuk-lebih nanti dah tak esklusif hihihi..
 gedik betul hang kann....

aku dah buat design ni dua tiga bulan lepas , dah tunjuk pada encik tunang tersayang dan beliau okay je..cuma beliau cakap buatlah dua tiga design lagi dan dia boleh pilih mana satu yang lagi sesuai... baiklahh..patik menjunjung perintah tuanku~ heheee. aku update satu je dulu , bagi korang terliur dulu tengok hahahaha kejam gila , macam cun sangat je aku buat korang nak terliur . tah tah design you all lagiii meletupsss !

okeh dah malas merepek panjang panjang .meh tengok sat


material ? dunno yet
basic colour ? off-white / creamy white
tailor / boutique ? still not decide
laces / beaded ? maybe cintakami or lain 


kalau korang perasan dekat bahagian muka tu ade macam sehelai lapisan kain jarang menutup separuh muka...konon konon ala arabian laa tu..hehhe..tu punnnn masih tak decide lagi nak buat ke tak . ohh..aku rasa nak buat tudung sendiri jugak . nak beli on9 mahal sangat laaaa pulak ade aku tengok kat dua tiga blog tu.. kalau budget lebat boleh laa beli..kalau tak...hmm..DIY lagii la alamatnye..


okeh dah abis..

Monday, 2 July 2012

resepi lagiiiii . ayam blackpepper

assalamualaikum
hehehehe..aku puasa sebenarnye hari ni.. tadi terrtengok pulak gambar - gambar yang aku dah upload dari handphone ke dalam pc..tetiba terr 'view' lak gambar makanan nih yang aku masak dua minggu lepas. hahahaha~ 

aku nak share dengan korang semua resepi ayam blackpepper yang senang gilaaaaa nih ! jomm layan gambar dulu



* sesape yang puase tu amaran keras dari aku jangan tenung lama lama skrin tu. hahahaha. kang tergugat imann*

resepi ayam blackpepper sukasuki 

bahan -bahan utama :
1. ayam bahagian isi sahaja  - 1 pek @ 250 gram
2. kacang buncis - 1 pek @ 100 gram
3. tomato ceri - 1 pek @ 200gram
4. lada hitam - secukup nye 
5. perisa blackpepper MAGGIE - 1 peket
6. air rebusan ayam - 1@2 sudu makan
7. bawang besar - 1 biji
8. bawang besar - 2 ulas 


cara - cara nya :
1. tumis dulu bawang putih yang dicincang halus , jangan sampai hangus

2. sebelum itu tomato ceri dah di layur terlebih dahulu ( goreng tanpa minyak / kalau ada oven lagi senang masukkan je kejap sampai agak agak layu )

3. ketepikan tomato yang dah masak sikit tu , masukkan pulak ayam yang dicincang ke dalam kuali yang sedang menumis bawang putih tu tadi .

4. biar kan seketika sampai ayam agak empuk , baru masukkan air rebusan ayam sikit 

5. masukkan perisa blackpepper MAGGIE dan masukkan sekali sayur tadi .

6. tambahkan dengan blackpepper yang telah di tumbuk halus . ( kalau suka pedas tambah banyak )

7. masukkan bawang besar yang dipotong dadu . biar seketika dan boleh tutup api dahhhhhh~






taraaaaaaaaa! senang aje kan kan kan. hihihi.. aku suke resepi senang senang camni. plus lada hitam bagus untuk tubuh badan sebab die menghangatkan badan, especially untuk wanita berpantang . errr~ tapi aku pantang lain..pantang jumpaaa..mesti nak..

okehh.. boleh la korang cuba. sedap tauu.makan dengan nasi takpun dengan roti pita.perghhh. seimbang betul sajian ni sebab ade protein ( daging ayam ) , ade serat ( sayur sayuran ) dan ade herba ( lada hitam ) dan sumber karbohidrat datang nye dari nasi dan tomato tu jugak . tak percaya tomaato ade karbo ? percayalahhhh.


weehuu. petang ni nak masak ape ye agak agak untuk berbuka ? hmmmmmmm..


Sunday, 1 July 2012

pernikahan irma hasmie

assalamualaikum..
semalam dan tadi aku baca tentang pernikahan irma hasmie dan redza , subhanallah.....sama cantik sama padan..itu je mampu aku cakap.

irma pulak..berseri seri..sungguh ! antara idola aku sekarang..dulu seriusly tak berapa suka dengan dia ni especially masa dia dengan nabil , sebab aku rasa macam over je diorang ni bercinta..then bila diorang dah break-up and irma teruskan hidup while nabil dah jumpa pengganti baru aku tertarik sangat dengan perubahan irma lepas tu..

she's one of my muslimah-fashion-guidline aku sebab aku rasa dia simple sangat dan yang paling penting menutup aurat :) hari tu teringin nak pakai jubah cotton bunga english macam dia , then try la tempah kat tailor...tapii sebab salah potong dan aku tak-tahu-cemana boleh jadi senteng sikit jubah tu..wuwuwuuuu~



ouhhh..sangat sejukkk hati tengok senyuman dia nihhhh...


uhmm.. sebenarnye ambil inspirasi baju nikah irma ni...sebab aku still tercari cari warna sesuai untuk majlis pernikahan kami nanti , sebab encik tunang dah serahkan kat aku untuk pilih warna untuk baju nikah jugak..hihihihi~ 

off-white sangat lahhh menarik hati kan ? nampak suci...sesuai dengan majlis pernikahan...

ehhh..apsal tetiba gambar farah lak ni hahahahaha. sebab dia punnnn cantik jugak :)



aku sukaaaaaaa gila gambar nihh.. :)

berangan-angan nak ada gambar dengan bakal suami camni jugak nanti *tepuk dahi sendiri*






speechless......yang paling aku suka sebab tudung masihhhh tutup dada..

ni sebenarnye warna ape ye? bukan off-white kan? uhmm..macam a-bit pink to creamy punnnn ade jugak...aku tak tahuuuu.. aku kan buta warna 


uhmm..yang pasti nye aku nak baju nikah nanti tak sarat sangat..sebab senang nak recycle pakai baju tu pegi kenduri hahahaha~
kalau lip lap sangat maluuu nak pakai nanti..kang orang salah teka mana pengantin huhuu haruuuuu..


okeh. dah abis...tattaaaaaa