Monday, 30 April 2012

review baju tunang

assalamualaikum
memandangkan hari ni free dan tak-tahu-nak-buat-ape so sy nak review sket la tentang baju tunang sy tempoh hari. cehh dah basi dah..kuikuikuii..saje jeeee..isi masa terluang neh..

so far sy amat berpuas hati dgn rekaan baju tu..even idea asalnye telah diconteng conteng oleh auntie tailor tu tapiiii hasilnye not bad jugak kan.ok auntie u mmg takde bakat melukis tapi berbakatt menjahit. sy pulak harap lukisan jeeee santek...menjahit baju koyak punn tak reti huihuihuii~

baju tu sy buat baju kurung moden dengan leher cekak musang ( if tak silap laa nama die gitu ). kain sy request utk kembang payung sket dan macam flowy laa..

sedikit tips utk buat baju yg cantek mengikut pengalaman b2b yg sy suke baca blog blog mereka.. better guna kain chiffon + satin utk lining die.. sebab bila satin semata kain tu nampak berat dan berkilat.. so jadi tak berapa menarik laa bila nmpk peluh ke atau bentuk bentuk yg tak di ingini kan kan. atau pun lace + chiffon punnn lagi cantek ^_^

maaf kualiti gambar kurang memuaskan yer. hihiii..amek guna hp cap ayam je. 


disebabkan baju sy ni kosong semata jadi sy harus tambah sesuatu utk jadikan dia menarik laaa kan kan!
so sy menggunakan khidmat CINTAKAMI utk jahitkan lace n beads di dada dan tangan dan veil sy..sy request utk warna putih memandangkan baju n veil dah penuh warna pink. nanti kalau semua pink tak nampak pulak beza nye kan. ehhh lupa..baju ni bukan warna pink sebenarnye..warna coral..seakan akan pastel pink tapi pekat sket :)

sy teringin nak DIY baju sendiri..tapiiii sy tak reti dan sangat lah malas utk belajar menjahit huhuu~ so berbekalkan idea sy dan kecerewetan sy ni sy tempah je lah pada tailor yg sy suke ;) hee


ni adelah mak nenek andam sy pada hari tersebuttt.. sayangggg mia! huhu~ dia berjaya buat mata sy nampak besarr hahahhahaa.



weehuuuu~ alhamdulillah..satu fasa dh menghampiri..sekarang sedang mencari idea utk baju nikah pulakk.. masih terlalu awal ke? hihihi.. buat pelan pelan je..sikit sikit... banyak baca blog b2b skang sbb seronok nak cari idea dan kongsi dgn awak awak semua :)

ohh bdw.. tahniah pada si cantek manis sy Cik Puan Hanie yg dah selamat bernikah jumaat lepas..alhamdulillah jodoh awak dah sampai...sy doakan semoga jodoh berkekalan sampai ke syurga hendaknya~





secebis nota ;-

JODOH ITU RAHSIA ALLAH S.W.T.

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya.
Kita tidak akan bersama dengannya.
... Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya.
Kita tetap akan bersama dengannya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya, insya-Allah.
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan sebaik-baik merancang adalah ALLAH S.W.T. ♥


doa sy setiap kali lepas solat  :) moga jodoh kita berpanjangan . aminnnn

No comments: